fbpx

Warga emas ditemui maut di tebing jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui orang ramai di tebing bahu jalan kira-kira pukul 8.05 pagi tadi.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

ALOR GAJAH – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di tebing jalan selepas motosikal ditunggangi terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Mohd. Raub Lawi, 62, yang berasal dari Masjid Tanah dekat sini ditemui orang ramai sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian daripada orang ramai kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Setiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mayat seorang lelaki warga emas di tebing kiri jalan dan terdapat sebuah motosikal jenis Demak berhampirannya.

“Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dari arah Pengkalan Balak ke Kuala Sungai Baru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke tebing bahu sebelah kiri jalan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa sama ada mengalami serangan jantung atau kecederaan lain” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI