fbpx

Satu maut, satu parah langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut, di Jalan Rajawali Batu 9 Kebun Baru , Telok Panglima Garang.

KUALA LANGAT – Seorang maut manakala seorang lagi parah apabila motosikal dinaiki merempuh secara berdepan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Rajawali Batu 9 Kebun Baru , Telok Panglima Garang di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang, mangsa merupakan seorang wanita yang belum dikenalpasti meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Sementara, pemboncengnya dikenali Sulastri, 42, yang merupakan warga Indonesia dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dari Jalan Kebun menghala ke Jalan Nuri di sini.

“Setiba di lokasi kejadian motosikal itu telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori dipandu lelaki berusia 37 tahun.

“Akibatnya, penunggang motosikal yang belum dikenal identitinya itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, rakan mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terutama berhubung identiti wanita yang maut itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI