fbpx
ANTARA kesalahan yang dilakukan seperti tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memotong dua barisan berkembar.-GAMBAR HIASAN

223 saman Ops Patuh di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan sebanyak 223 saman sepanjang Ops Patuh Aidiladha.

Pengarahnya, Nazli Md. Taib berkata, kesalahan paling banyak direkodkan meliputi kesalahan teknikal seperti nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, ubahsuai bentuk dan peralatan kenderaan tanpa kebenaran, tiada cermin sisi dan mengusik nombor casis dan enjin yang keseluruhannya merekodkan 107 saman.

Katanya, menerusi operasi yang bermula 28 Ogos dan berakhir Rabu lalu telah memeriksa 850 kenderaan termasuk motosikal.

“Pengguna jalan raya juga didapati memandu tanpa lesen memandu kompeten dengan 51 saman, tiada lesen vokasional (GDL) (41), serta tiada perlindungan insurans jalan dengan 14 kesalahan.

“Kita juga mengesan sebilangan pengguna mengabaikan penggunaan topi keledar terutama di jalan kampung dengan mengeluarkan tujuh saman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nazli menegaskan tujuan operasi ini bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan undang-undang dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. – K! ONLINE

POPULAR