fbpx

Bekas ketua pegawai eksekutif dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif yang ditahan reman tiga hari lalu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Shah Wira mengarahkan lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin.

Dia ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM10.4 juta kira-kira enam tahun lalu.

Sebelum ini, lelaki berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada Rabu lalu selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, dia disyaki menerima suapan tersebut daripada sebuah syarikat dari luar negara sebagai balasan untuk pembelian 10,000 tablet berjumlah RM24.2 juta (USD5.8 juta) sekitar 2014 sehingga 2018.

Bagaimanapun, pembelian tersebut dibuat secara sulit tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah syarikatnya sehingga menyebabkan kerugian besar.

Menurut sumber lagi, wang rasuah yang diterima tersebut turut disorok di luar negara termasuk di Singapura dan Hong Kong.

Kes ini disiasat mengikut  Seksyen 16 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI