fbpx
Seorang tenaga pengajar dan pelajar sebuah sekolah memandu parah selepas kereta terlibat kemalangan dengan dua buah lori dekat Taman Cendana Sungai Petani, Kedah hari ini.

Dua parah kemalangan kereta sekolah memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

SUNGAI PETANI – Seorang tenaga pengajar dan pelajar sebuah sekolah memandu cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Lencongan Timur dekat Taman Cendana di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dua mangsa berusia 44 dan 19 tahun tersepit dalam kereta jenis Perodua Axia dan terpaksa dibawa keluar oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada pukul 10.03 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati pelajar perempuan berusia 19 tahun tersepit di tempat pemandu manakala tenaga pengajar berusia 44 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dua mangsa tersebut cedera parah dan dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa lelaki berjaya dikeluarkan dalam masa enam minit, diikuti mangsa kedua empat minit kemudian,” ujarnya.

Tambahnya, tenaga pengajar terbabit dirawat di zon merah manakala pelajar di zon kuning Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan. – K! ONLINE

POPULAR