fbpx
HAMILTON bernasib baik untuk muncul juara di GP British biarpun jenteranya mengalami masalah tayar pada pusingan terakhir. – AFP

Debaran Hamilton di Litar Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mengakui kemenangan di Grand Prix (GP) British adalah paling mencabar selepas menjuarai saingan itu de­ngan tiga tayar apabila jente­ranya pancit pada pusingan ter­akhir di Litar Silverstone kelmarin.

Juara dunia enam kali Formula Satu (F1) itu mengakui insiden tersebut membuatkan jantung­nya seakan-akan terhenti apabila sedar dia hanya dibezakan 32 saat dengan pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen.

Hamilton terpaksa memandu perlahan jenteranya hingga ke garisan penamat dan hanya dibezakan lima saat dengan Verstappen yang ketika itu semakin menghampirinya.

“Saya merasakan tidak dapat untuk melepasi dua selekoh ter­akhir. Saya tidak percaya dapat melakukannya dan ketika itu jantung saya seakan terhenti. Saya cuba bertahan dan bertenang.

“Saya bernasib baik kerana insiden itu berlaku ketika laluan lurus bukannya di selekoh laju. Jika tidak ia akan menjadi satu masalah besar kepada saya,” kata Hamilton.

Hamilton melakar sejarah tersendiri apabila menjulang ke­m­enangan ketujuh di gelanggang sendiri sekali gus semakin hampir untuk mengatasi rekod 91 kemenangan milik Michael Schumahcer jika dia mampu meraih juara pada empat perlumbaan sahaja lagi. – AGENSI

BERITA BERKAITAN