fbpx

Polis tahan warga Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang lelaki memukul pengawal keselamatan yang tular di media sosial Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Wangsa Maju berjaya menahan seorang lelaki warganegara Nepal yang disyaki terlibat dalam kes pukul pengawal keselamatan yang tular di media sosial Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, suspek yang berumur 34 tahun telah ditahan pada pukul 5 petang tadi dan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan tersebut jika sabit kesalahan.

“Suspek akan direman esok hari untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, polis Wangsa Maju kini masih dalam tindakan mengesan mangsa kejadian dan menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera tampil untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Insp. Shahrul Azzuan Sharom (Pegawai Penyiasat Kes) di talian 016-201 4334, ASP M Hussin Sollehuddin Zolkifly (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju) di talian 017-244 6363 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI