fbpx

Kluster PUI Sivagangga: Tiada rekod pelanggan sukarkan aktiviti kesan kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kedai makan milik kes indeks kluster PUI Sivagangga didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera sekali gus menyukarkan Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemilik yang juga pemastautin tetap juga didapati tidak merekod kehadiran serta suhu badan pelanggan-pelanggan di kedai makan terbabit.

Beliau berkata, ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) itu antara lain menyebabkan lapan individu termasuk seorang pelanggan tetap iaitu kes ke-9,000 hari ini dijangkiti Covid-19.

“Hari ini satu kes baharu dilaporkan dalam kluster ini iaitu kes ke-9,000 membabitkan seorang pelanggan tetap kedai makan tersebut.

“Mangsa mula bergejala demam dan batuk pada 31 Julai namun, tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, mangsa hanya memaklumkan dia merupakan kontak rapat kes indeks pada 1 Ogos lalu, sehari selepas penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti ketika Hari Raya Aidiladha.

“Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif dan kini dirawat di Hospital Sultan Bahiyah.

“Mangsa sebelum itu menjalani saringan Covid-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai lalu namun keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif,” katanya.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan menyambut baik keputusan kerajaan mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera mengikut Akta 342 di semua premis bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19.

“Kementerian Kesihatan menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI