fbpx

[VIDEO] Peniaga buah rugi RM1,000 amukan gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai buah-buahan milik mangsa di Batu 6, Mawai, Kota Tinggi di sini mengalami kerosakan selepas gerainya diamuk gajah liar, malam tadi. - Foto IHSAN PEMBACA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang peniaga gerai buah-buahan di Batu 6, Mawai di sini mengalami kerugian RM1,000 selepas gerainya diamuk gajah liar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam melibatkan mangsa seorang wanita berusia 52 tahun.

“Mangsa yang merupakan peniaga buah-buahan di Batu 6, Mawai, Kota Tinggi telah diserang gajah liar.

“Mangsa sempat menyelamatkan diri namun gerai buah-buahannya telah dirosakkan dan mengalami kerugian RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Hussin, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat dua ekor gajah dipercayai merupakan ibu dan anak telah merosakkan gerai buah-buahan berkenaan.

Katanya, orang ramai yang berada di tempat kejadian telah merakam video gajah berkenaan yang mana telah tular di media sosial.

“Kes telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut. Kawasan berkenaan merupakan laluan gajah liar yang mana sebelum ini telah mengorbankan seorang nyawa akibat serangan gajah liar tersebut,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI