fbpx

PDRM umum 4 pegawai kanan bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan empat orang pegawai kanannya berkuat kuasa 1 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urusetia Ketua Polis Negara (KPN),Datuk Asmawati Ahmad berkata, Deputi Komisioner Polis (DCP),  Shafien Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan.

Katanya, jawatan Shafien sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya akan diisi oleh Senior Asisten Komisioner Datuk Khalil Azlan Chik yang jugak memangku pangkat DCP.

“Turut terlibat dalam pertukaran ini ialah Ketua Polis Daerah Kerian, Perak, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

“Sementara itu, Ketua Cawangan Khas Daerah Bau, Sarawak, Deputi Superintendan (DSP) Damataries Lautin dilantik menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI