fbpx

Mah Sing mahu teroka sektor penjagaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG : Syarikat hartanah terkenal, Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) sedang meninjau untuk meneroka dalam sektor penjagaan kesihatan melalui pembuatan plastik mesra alam.

Penerokaan bidang baharu itu dibuat menerusi anak syarikatnya, Mah Sing Plastics Industries Sdn. Bhd. (MSPI) yang akan memberi tumpuan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi keperluan asas pasaran dan kehendak pelanggan yang berbeza.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, buat masa ini, syarikat masih merancang untuk meneroka bidang pertumbuhan baharu ini yang dilihat mempunyai pasaran yang luas.

“Kami berminat untuk mengejar peluang dalam pengeluaran produk penjagaan kesihatan yang semakin mendapat tempat dalam dan luar negara.

“Syarikat juga berhasrat untuk memanfaatkan rekod prestasi MSPI yang telah terbukti mempunyai kepakaran tinggi sebagai pengeluar plastik terbesar di negara ini,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena lawatan media ke MSPI di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini semalam..

Turut hadir Pengarah Eksekutif MSPI, Lee Foo Keong dan Pengerusi Bukan Eksekutif MSPI, Hong Hock Seng.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, MSPI telah berkembang menjadi salah satu pengeluar plastik berteknologi tinggi terbesar di Malaysia dengan membekalkan pelbagai produk dan perkhidmatan plastik kepada perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Produk keluaran syarikat dieksport ke lebih 45 negara di seluruh dunia.

Segmen plastik terus menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan dengan pendapatan kira-kira RM76.1 juta dan keuntungan operasi kira-kira RM3.34 juta dicatatkan pada suku berakhir 31 Mac 2020.

Pada tahun 2019, bahagian plastik menyumbang pendapatan sebanyak RM327.1 juta atau 18.3 peratus kepada pendapatan kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI