fbpx
Poster yang dikongsi Seri Paduka Baginda di laman Facebooknya.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat,” tulis hantaran itu.

Pada hantaran sama, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN