fbpx

Jalan ke Selatan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Sebanyak 21 laluan termasuk Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Lebuhraya Utara Selatan terutamanya di Nilai dijangka mengalami kesesakan berikutan orang awam pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, pihaknya menasihatkan pengguna jalan raya yang ingin ke Pantai Timur untuk menggunakan laluan alternatif selain menggunakan jalan Seremban-Kuala Pilah bagi mengelakkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

“Dua jalan alternatif yang boleh digunakan ialah melalui jalan Seremban ke Bukit Miku ke Kuala Pilah atau Jempol dan seterusnya ke Pantai Timur, manakala, satu lagi ialah laluan dari Jalan Jelebu ke Kuala Klawang ke Simpang Pertang menuju terus ke Karak atau Kuala Pilah dan seterusnya ke Pantai Timur.

“Kita menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan anggota polis bertugas, mematuhi isyarat lalu lintas, patuhi had laju dan bertimbang rasa ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, hari ini.

Ibrahim berkata, antara laluan yang dijangka sesak ialah, Jalan Seremban ke Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban ke Port Dickson dan Jalan Port Dickson ke Seremban di Seremban, Jalan Pantai Port Dickson di Port Dickson serta di Lampu isyarat Pekan Gemencheh/ Jalan Gemencheh Lama dan persimpangan lampu isyarat kilometer satu Pekan Tampin di Tampin.

Di Kuala Pilah pula Jalan Kuala Pilah ke Seremban, Jalan Tampin ke Kuala Pilah dan Jalan Bahau ke Kuala Pilah.

Di Jempol, Jalan Kuala Pilah ke Simpan Pertang iaitu dari arah Simpang Pertang menuju ke Kuala Pilah.

Di Jelebu pula ialah di Pekan Kuala Klawang, manakala di Rembau pula Jalan Tol Pedas-Linggi dan juga Jalan Kota-Rembau.

Di Nilai pula, Jalan Batang Benar ke Pajam dan di Plus membabitkan di kedua-dua arah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI