fbpx

K2

Ilham menu Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Catherine menunjukkan hidangan nasi lemak Pak Nasser yang ditawarkan di Santan cawangan Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, orang ramai dilihat membataskan pergerakan mereka terutamanya ke tempat awam.

Langkah tersebut diambil seiring dengan saranan kerajaan bagi membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19 di negara ini.

Situasi tersebut telah mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran terutamanya di ibu negara.

Salah satu restoran yang meraih peningkatan permintaan adalah jenama makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, Santan di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, disebabkan hampir satu per tiga pesanan dalam talian di cawangan tersebut adalah dari Petaling Jaya, Puchong, Subang Jaya di Selangor yang dipisahkan dengan jarak lebih 10 kilometer dari restoran, maka Santan terdorong membuka cawangan keduanya di pusat beli-belah Sunway Pyramid di Bandar Sunway baru-baru ini.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, pihaknya amat berbangga dapat mengembangkan perniagaan selepas melancarkan restoran pertama pada Disember tahun lalu.

“Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tidak mendapat sokongan daripada pelanggan setia kami.

“Di sini kami menawarkan pelbagai hidangan yang diilhamkan dari rantau Asia Tenggara dengan kualiti tiada tandingan pada harga berpatutan,” katanya kepada K2 baru-baru ini.

 

Aneka sajian enak yang pastinya dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa pengunjung.

 

Santan adalah jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran dengan visi untuk menjadi francais makanan segera pertama di Asia Tenggara.

Sajian yang menjadi pilihan pelanggan di Santan adalah nasi lemak Pak Nasser yang dihidangkan bersama ayam rendang atau ayam goreng.

Hidangan lain yang ditawarkan adalah nasi Padang rendang daging, nasi Padang ayam kicap, nasi bawang putih ayam panggang dan nasi ayam Uncle Chin.

“Kami masih mengekalkan menu-menu kegemaran pelanggan di restoran baharu ini. Hidangan paling laris di restoran Santan sudah tentulah nasi lemak Pak Nasser.

“Sempena pembukaan cawangan baharu ini, kami memperkenalkan beberapa menu baharu seperti nasi lemak ayam goreng berempah dan ayam goreng dengan sos keju gado-gado,” katanya.

Setiap sajian boleh diperoleh dengan harga serendah RM16. Harga tersebut termasuk air minuman yang boleh dipilih antara teh ais calamansi atau teh ais roselle.

Selain hidangan berat, Santan turut menyajikan snek iaitu ayam rangup, ayam goreng keemasan dan kerepek ubi manis.

 

Nasi ayam Uncle Chin adalah salah satu hidangan terlaris di Santan.

 

Bagi pencinta hidangan pencuci mulut, Santan turut menyediakan dua pilihan hidangan terbaik iaitu kek keju bakar dan kek onde-onde.

“Kami sentiasa mempelbagaikan hidangan di Santan dari semasa ke semasa bagi memenuhi variasi permintaan pelanggan,” tegasnya.

Menariknya, restoran berkenaan dilengkapi dengan teknologi tempahan digital yang membolehkan para pelanggan memilih hidangan untuk menjamu selera di restoran, dibawa pulang atau melalui penghantaran.

“Kami juga terus bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Santan.

“Ia adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan,” jelasnya sambil memaklumkan restoran tersebut boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan promosi terkini Santan menerusi instagram @santan.asean.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI