fbpx

Tiga lelaki Nepal ditahan bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENG YEOW

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

KULAI – Polis memberkas tiga lelaki Nepal yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian bunuh di kaki lima sebuah premis perniagaan sekitar Indahpura, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, mangsa yang juga merupakan warganegara Nepal itu ditemui mati pada pukul 4.20 pagi.

Katanya, ketika ditemui, terdapat kesan lebam di kepala mangsa termasuk di mata kanan, selain kesan darah yang keluar dari mulut mangsa.

“Hasil laporan perubatan, mangsa dipercayai maut akibat kecederaan di bahagian abdomen berpunca daripada objek tumpul.

“Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kejadian pembunuhan itu berpunca daripada pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, susulan kejadian itu, polis menjalankan serbuan dan menahan tiga suspek berusia antara 23 hingga 37 tahun itu di dua lokasi berasingan.

“Tangkapan dibuat di Jalan Seroja 4, Kawasan Perindustrian Indahpura dan di Jalan Teratai 36/43, Indahpura antara pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, hari sama.

“Kesemua suspek kini ditahan reman manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI