fbpx
Musa (tengah) ketika sidang media khas di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Musa Aman dakwa kuasai Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman memaklumkan satu gabungan baharu sudah dibentuk bersama ADUN Sabah daripada pelbagai parti.

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menyatakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nardin Awang, sudah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memperoleh sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

“TYT telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

“Saya sudsh menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai nanti.

“Sebagai melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baharu ini akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan kerajaan Parti Warisan termasuklah dalam mengatasi penularan wabak Covid-19.

“Dengan bantuan kerajaan persekutuan, saya percaya kita dapat mengatasi cabaran yang berlaku.

“Selain itu, kita mahu melonjakkan ekonomi negeri, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat,” katanya ketika sidang media di kediamannya sebentar tadi.

Sementara itu, Musa mengucapkan
penghargaan kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan memberikan sokongan kepada beliau.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya daripada semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – K! ONLINE.

POPULAR