fbpx

Budak enam tahun lemas jatuh dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Firash yang terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati lemas oleh penduduk kampung selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua di Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Firash Darwisy Azlan ditemui oleh beberapa penduduk yang berada berdekatan lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya menerima panggilan panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa terlebih dahulu berjaya dinaikan ke darat oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kepala Batas (HKB) dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke HKB di sini untuk bedah siasat. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI