fbpx

Wanita rugi RM123,000 disamun dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (kiri) menunjukkan sebahagian barangan kemas yang di samun dua suspek pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Dua lelaki yang sedang menjalani hukuman buang daerah atas kesalahan jenayah bagaikan tidak serik apabila disyaki menyamun seorang wanita melibatkan kerugian kira-kira RM123,000 di Paka dekat sini pada Khamis lalu.

Begitu pun, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 29 dan 40 tahun tidak berjoli apabila mereka berjaya diberkas polis beberapa jam selepas jenayah samun itu dilakukan pada pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dua lelaki berkenaan telah bertindak memecah masuk rumah mangsa berusia 56 tahun yang ketika itu bersendirian di dalam rumah tanpa suami dan anaknya.

“Dia kemudiannya telah dipaksa kedua-dua suspek yang bersenjatakan senjata tajam untuk menyerahkan barangan berharga.

“Mangsa yang bimbang keselamatan diri telah membuka peti besi milik keluarganya sebelum menyerahkan wang tunai dan barangan kemas yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM123,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, kedua-dua lelaki itu kemudiannya telah melarikan diri namun berjaya ditahan polis di dua lokasi berasingan di Kerteh dan Kijal Kemaman dalam tempoh sembilan jam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berasal dari Selangor dan Johor sedang menjalani perintah sekatan buang daerah atas kesalahan jenayah dan dadah di negeri ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI