fbpx

Tiga litar baharu masuk kalendar F1 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN F1 bakal dilangsungkan di tiga litar baharu musim ini selepas kesemua penganjur di benua Amerika menarik diri akibat Covid-19. – AFP

PARIS – Perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini masih tetap hangat apabila tiga destinasi perlumbaan baharu di Eropah iaitu Grand Prix (GP) Jerman, Itali dan Portugal dimasukkan ke dalam kalendar 2020.

Biarpun penganjur perlumbaan di Brazil, Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada menarik diri ekoran terjejas dengan masalah Covid-19, tiga perlumbaan itu pastinya mampu mengekalkan seri dan keme­riahan saingan tersebut.

Litar ikonik di Nurburgring menjadi tuan rumah kepada Grand Prix (GP) Eifel pada 11 Oktober nanti, manakala GP Portugal yang julung kali beraksi selepas kali terakhir menganjurkannya pada 1996 akan dilangsungkan di Portimao dua minggu kemudian.

Sementara itu, litar bersejarah di Imola yang kali terakhir me­nganjurkan perlumbaan F1 pada edisi 2006 akan dikenali sebagai GP Emilia Romagna, Itali akan mengambil tempat pada 1 November.

Difahamkan, GP Emilia Romagna akan menggunakan format baharu di mana setiap pa­sukan akan diberikan satu sesi latihan bebas tambahan untuk menguasai dan memahami kea­daan litar.

“Kami gembira kerana berjaya menyelesaikan perancangan bagi musim 2020 dengan menyambut kehadiran GP baharu ke dalam kalendar perlumbaan musim ini.

“Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat seperti pasukan F1, FIA dan negara yang terlibat dengan sokongan penuh mereka dalam usaha kami untuk membawa peminat menyaksikan perlumbaan yang lebih menarik tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif F1, Chase Carey. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI