fbpx

PGA gagalkan cubaan seludup 1,479 helai kain pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan mengandungi 1,479 helai kain pasang yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas oleh PGA Batalion 9 di kawasan masjid Kampung Simpangan dekat Tumpat semalam.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas 1,479 helai kain pasang bernilai RM315,800 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di kawasan Masjid Kampung Simpangan di sini semalam.

Pengawai Pemerintah Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 1 tengah hari selepas mengadakan rondaan di sekitar Kuala Jambu dekat sini.

Katanya, sewaktu rondaan, pasukan berkenaan terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser dalam keadaan mencurigakan.

“Sebelum serbuan dijalankan, anggota PGA Batalion 9 telah melakukan pemantauan selama 20 minit, namun tiada individu yang keluar daripada kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 1,479 kain pasang yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan berkata, siasatan awal mendapati kain pasang tersebut diseludup untuk tujuan jahitan manik.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan lain,katanya, PGA Batalion 9 Kuantan merampas beras dan beras pulut seberat 1,766 kilogram di sebuah stor simpanan penyeludupan di Kampung Kebit dekat sini.

Katanya, kedua-dua rampasan itu berjumlah RM7,289.

“Rampasan tersebut hasil rondaan rutin yang dilakukan di sekitar kawasan Kuala Jambu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI