fbpx

Harga siling pelitup muka turun 30 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, harga borong bahan itu juga akan diturunkan kepada RM1.15 daripada RM1.45 seunit sebelum ini.

“Pengurangan harga ini akan berkuat kuasa bermula 15 Ogos ini dan ia selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam seperti yang disaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bekalan pelitup muka dalam negara mencukupi dan kerajaan akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup separuh muka dan memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

Alexander berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai rasional penurunan harga siling pelitup separuh muka.

Pada 20 Julai, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam susulan ancaman Covid-19 masih belum berakhir. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI