fbpx
WAN Ahmad Fayhsal (kiri) melihat atlet pemanah Johor ketika melakukan lawatan kerja ke venue Sukma Johor 2020 di Arena Emas Taman Impian Emas, Johor Bahru baru-baru ini. Gambar hiasan

Liga M bakal ditunda lagi akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

PEMINAT sukan bola sepak ta­nah air bakal menunggu lebih lama untuk menyaksikan pasukan masing-masing beraksi di stadium memandangkan Liga Malaysia (Liga M) yang sepatutnya disambung semula pada 26 Ogos ini mungkin tertunda lagi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, hal itu ekoran perkembangan terbaharu berkaitan penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan wujudnya peningkatan kes dalam tempoh beberapa hari ini.

Katanya, berdasarkan pemerhatian pihaknya hari ini dan semalam, keadaan agak membimbangkan apabila ada kes-kes baharu muncul termasuk di Johor.

“Sama ada liga akan ditunda (ekoran perkembangan terbaharu pandemik Covid-19) masih dalam peringkat perbincangan, namun kita akan akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke­rana keselamatan dan kesihatan ­atlet, petugas serta peminat amat penting.

“Sekiranya ada ruang untuk kita teruskan sukan ini, ia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap, pematuhan penjarakan sosial, tiada jamuan makan dan tidak ada penonton, itu sudah pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke venue Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 di Arena Emas, Taman Impian Emas di Johor Bahru semalam.

Baru-baru ini, Liga Bola sepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan saingan Liga M yang tertangguh sejak Mac lalu akibat wabak Covid-19 akan disambung semula pada 26 Ogos ini.

Wan Ahmad Fayhsal memberitahu, mesyuarat berhubung perkara itu akan turut membincangkan sama ada Liga M dite­ruskan pada 26 Ogos ini atau perlu ditunda pada satu tarikh lain.

“Mesyuarat memang sudah berjalan cuma ada perkembangan terbaharu (kes Covid-19), minggu ini kita akan teruskan perbincangan sama ada wajar atau tidak diteruskan (Liga M).

“Itu keputusan yang perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan pemegang taruh utama iaitu KKM dan MKN,” tambahnya. – K! ONLINE

POPULAR