fbpx
AB GHANI

Pengadil luar adili aksi final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) melunaskan impian peminat bola sepak tempatan apabila perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Mei ini akan diadili oleh pengadil luar negara.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihak MFL telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memilih pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan berprestij edisi ke-99 itu.

“Pihak MFL telah membuat permohonan rasmi kepada FAM untuk mendapatkan empat pengadil luar negara termasuk dua pembantu pengadil dan satu pengadil VAR (Video Bantuan Pengadil).

“Keputusan untuk menggunakan kepakaran pengadil luar negara ini dibuat sebagai langkah untuk memastikan mutu pengadilan berada pada tahap terbaik selain menjamin integriti dan kelancaran perlawanan akhir yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

“Kemuncak aksi final Piala Malaysia ini sudah pasti perlawanan yang berprofil tinggi jadi dengan standard pengadilan bertaraf antarabangsa, saya percaya ia akan meningkatkan pengalaman pertandingan kepada pemain, pegawai pasukan dan penyokong.

“Malah, dengan kehadiran pengadil luar negara ini, ia juga sebagai pertukaran kepakaran di mana pengadil tempatan dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu dalam usaha kita membangunkan kualiti pengadil tempatan,” katanya.

Tambah Ab Ghani, keputusan ini juga dibuat rentetan cadangan penggunaan pengadil luar negara yang dibangkitkan dalam sesi Perbincangan MFL Bersama Rakan Kongsi Liga yang berlangsung pada 29 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN