fbpx
DANISH merekodkan keputusan terbaik setakat musim ini apabila menduduki tangga ketujuh pada GP Catalan kelmarin. - FB ZK RACING

Moto3: Danish kecewa terlepas podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mencatat keputusan terbaik musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya di Litar Catalunya kelmarin di tempat ketujuh.

Memulakan perlumbaan di petak ke-10, pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu mempamerkan tunggangan cukup baik apabila berjaya berada di kelompok hadapan dan mengekalkan aksi konsisten.

Bagaimanapun, pelumba negara itu mengakui memiliki peluang untuk menaiki podium, tetapi kesilapan ketika membrek pada pusingan terakhir meranapkan impiannya.

“Hari ini (kelmarin) saya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh selain bermula dengan cukup baik di grid. Sepanjang pusingan perlumbaan, saya cuba mengawal posisi untuk kekal bersaing di kelompok hadapan.

“Pada pusingan terakhir, saya hampir untuk menaiki podium, tetapi malangnya saya terlebih brek di selekoh ke-10. Saya jadikan GP Catalan ini sebagai pembelajaran dan saya akan bekerja keras untuk mencapai podium satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, tempat pertama diraih pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles diikuti Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo manakala pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact, David Munoz di tempat ketiga.

“Selepas ini saya perlu lebih agresif, terutamanya ketika berada dalam kelompok hadapan, sama ada ketika memintas ataupun mengekalkan rentak perlumbaan. Ini adalah pengalaman terbaik buat saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN