fbpx

Dua pengedar pil kuda dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim Daud

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Polis menahan dua pengedar dadah dan merampas pil kuda yang bernilai RM2,140 sewaktu tangkapan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jejulok dekat Banggu di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kedua-dua suspek berusia 21 dan 26 tahun ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Binjai yang melakukan rondaan pukul 2 pagi.

Jelasnya, pemeriksaan dilakukan selepas kedua-dua lelaki itu menunggang motosikal jenis EX5 dalam keadaan mencurigakan.

“Kita menemui satu botol plastik mengandungi 39 biji pil itu dalam raga motosikal berkenaan. Kemudian, suspek membawa polis ke kawasan padang berdekatan sebelum menyerahkan satu kotak rokok yang mengandungi 175 biji pil kuda.

“Suspek bersama barang kes kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau berkata, kemungkinan dadah itu diambil daripada pihak tertentu untuk dijual di kawasan sekitar kampung tersebut.

Menurutnya, siasatan mendapati seorang daripada suspek juga mempunyai kesalahan rekod lampau berkait kes dadah.

“Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah supaya menghubungi pihak polis dengan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI