fbpx

Abang didakwa pijak, tendang adik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, S.M Ananda Kumar

KAJANG – Seorang abang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan memijak dan menendang adik lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) Mei lalu.

Bagaimanapun tertuduh S.M Ananda Kumar,46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang petani itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas S.M Devakumar,43, dengan memijak bahagian dada, menampar muka dan menendang belakang mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Koop Cuepacs, Batu 9, Cheras di sini pukul 7 malam pada 25 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukumam penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman menawarkan jumlah jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan mangsa merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelanjaran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI