fbpx

Nak melabur, rugi RM3,700 kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTONG – Terpesona dengan iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, seorang kerani di sini kerugian RM3,710 selepas diperdaya lelaki ketika kejadian semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kerani wanita berusia 37 tahun tersebut tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan selepas menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp.
“Pada15 Mei lalu, pengadu telah tertarik dengan satu iklan pelaburan dan telah menghubungi seorang lelaki bernama Yoges.
“Suspek telah meminta pengadu memasukkan sejumlah wang dan berjanji akan terima wang keuntungan yang besar,” ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini.
Tambah beliau lagi, mangsa tanpa berasa curiga telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun CIMB yang didaftar dengan nama sebuah syarikat.
“Bagaimanapun sehingga tarikh 16 Julai lalu, mangsa tidak menerima sebarang hasil keuntungan yang dijanjikan dan telah membuat laporan polis semalam,” tambah Mohd. Wazir.
Ujar beliau lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu untuk mendapatkan wang. -K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI