fbpx

Mesyuarat tentukan tarikh PRU-15 20 Oktober depan – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Oktober depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi di Menara SPR di sini itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Mesyuarat khas berkenaan akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU-15 dan PRK DUN
N.66 Bugaya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Ini termasuklah lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI