fbpx
Seekor ular tedung selar 'menceroboh' tandas di sebuah pangsapuri di Cybersouth, Dengkil pagi tadi. Foto Threads @Irwxn_txhir

‘Ni kalau kena patuk, sadaqallah…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk sebuah apartmen di Cybersouth, Dengkil digemparkan dengan kejadian seekor ular tedung selar atau king cobra yang ‘menceroboh’ tandas di dewan kawasan perumahan tersebut pada pagi tadi.

Kejadian itu dikongsikan seorang penduduk pada Threads @Irwxn_txhir menerusi beberapa gambar memperlihatkan ular tedung selar bersaiz besar memasuki tandas serta berjaya ditangkap oleh anggota bomba.

“Makluman daripada group (kumpulan) rumah saya. Penduduk Cybersouth yang mana dekat dengan hutan-hutan tu, kena hati-hati. Tandas dekat dewan rumah saya duduk ada king datang ‘jenguk’. Besar mat ular ni,” katanya pada kapsyen.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas terutama penduduk di Cybersouth yang terkejut dengan saiz ular tedung selar berkenaan.

“Besar gila weh, ni kalau kena patuk, sadaqallah,” komen @Azmieydaud.

“King cobra memang besar-besar bas. Antara ular yang makan ular. Sebab tu nama dia king cobra,” komen @Awen.

“Musim panas auto ular akan cari tempat sejuk sebab habitat haiwan ni tempat yang lembap,” kata @Tallnicehandsome15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN