fbpx
KEADAAN kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Kilometer 128 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara antara Yong Peng dan Pagoh, Batu Pahat hari ini.

Lori kotak rempuh 8 kenderaan punca sesak teruk di Yong Peng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Kemalangan membabitkan dua buah lori dan enam buah kereta berlaku di Kilometer 128 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara antara Yong Peng dan Pagoh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi itu, menyebabkan semua lorong ke arah utara terhalang buat sementara waktu sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang panjang apabila kerja-kerja menyelamat dan pengalihan kenderaan dijalankan.

Terdahulu, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial menunjukkan sebuah lori kotak dipercayai gagal mengelak sebelum merempuh deretan kenderaan yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas di hadapan.

Menurut maklumat awal, kemalangan tersebut melibatkan dua buah lori dan enam buah kenderaan. Setakat ini, tiada kematian dilaporkan, namun beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa, manakala pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN