fbpx
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9, LPT 1 di Maran hari ini.

Penunggang motosikal ke RXZ Members maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Program RXZ Members di Terengganu, maut selepas motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu mangsa Mohd Fauzi Othman, 44, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Terengganu bagi menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0.

“Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal telah hilang kawalan dan terbabas kemudian jatuh di lorong kanan jalan.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal motosikal.

“Sehingga kini tiada saksi yang tampil bagi membantu siasatan. Sehubungan itu pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN