fbpx
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) meninjau pameran lembu sado pada Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Dan Himpunan Lembu Sado di Alor Setar, hari ini.

‘Kalau saya betul, saya takut apa’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR- “Hujung dunia pun saya pergi kalau saya betul, saya takut apa,”

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaan pihak tertentu yang  megatakan beliau melemparkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah ketika berkempen di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau hanya menyentuh berkaitan sejarah Tanah Melayu, namun ucapannya dimanipulasi apabila hanya sebahagian kenyataannya diambil sebelum ditambah atau ditafsir mengikut kepentingan pihak berkenaan.

“Semua ada dalam ucapan saya. Ucapan saya jelas, berbutir dan terus terang. Butirannya jelas, tetapi ada pihak yang mahu memanipulasi dengan mengambil sekerat, dia ulas dan menambah sendiri sebelum menjadikannya sebagai isu.

“Kalau yang faham bahasa Melayu, bahasa Malaysia, duduk lama di sini (Malaysia) takkan bahasa Malaysia pun tak faham. Saja digembar-gemburkan untuk meraih keuntungan politik memburukkan sayalah kut.

“Saya cerita fasal sejarah, fakta itu boleh diperiksa, boleh ulang periksa di mana-mana buku, pakar-pakar sejarah, semua benda (perkara) yang sama,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Dan Himpunan Lembu Sado Malaya Anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri di Taman Jubli Emas, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin parti yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas beliau atas dakwaan mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dalam ceramah di Negeri Sembilan.

Katanya, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu tersebut dan meminta orang ramai supaya menonton sendiri rakaman video asal bagi mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak sebut benda yang tidak ada. Benda yang fakta sahaja. Siapa yang cuba untuk memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik, saya akan saman.

“Saya akan buat laporan polis balas, saya akan mengambil tindakan undang-undang untuk membetulkan perjalanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN