fbpx
Paulo Josue bakal jadi taruhan penting Harimau Malaya di posisi serangan esok. FOTO ihsan Malaysia NT

Fokus buru mata penuh – Kapten Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapten skuad Harimau Malaya, Paulo Josue percaya barisan pemain sudah bersedia untuk memulakan kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah positif pada aksi pertama Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, esok.

Menurut Josue, motivasi dalam kem negara ketika ini sangat tinggi dengan semua pemain menunjukkan komitmen penuh dan mula mencapai keserasian di bawah bimbingan pengendali interim, Tan Cheng Hoe sejak sesi latihan bermula minggu lalu.

Pemain naturalisasi itu berkata, setiap pemain sudah faham dengan falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Cheng Hoe dan harap dapat diterjemahkan dengan baik, esok.

“Semangat dalam pasukan memang sangat baik. Kita dapat lihat semua pemain menikmati setiap sesi latihan dan memberi perhatian terhadap segala arahan yang disampaikan jurulatih.

“Pasukan juga semakin serasi antara satu sama lain. Saya harap kami dapat memperoleh keputusan yang baik kerana terdesak untuk memulakan kejohanan dengan nada positif.

“Semua pemain juga memahami apa yang dimahukan jurulatih. Jadi saya harap mereka dapat menterjemahkan kombinasi itu di atas padang dalam usaha mengutip mata penting,” katanya pada sidang media di Yangon, Myanmar hari ini.

Selepas aksi bertemu Myanmar, skuad negara akan bertemu Laos pada 28 Julai, Thailand (1 Ogos) dan Filipina pada 8 Ogos depan.

Pada edisi 2024, skuad negara terkandas pada peringkat kumpulan dengan kali terakhir skuad bergelar ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara adalah ketika muncul juara edisi 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN