fbpx
TORRES

EPL: Impian besar Liverpool makin sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Harapan Liverpool untuk mendapatkan penyerang Barcelona, Ferran Torres dilihat semakin sukar menjadi kenyataan apabila Paris Saint-Germain (PSG) muncul sebagai destinasi paling berpotensi buat wira kemenangan Sepanyol pada final Piala Dunia 2026 itu.

Torres menjadi tumpuan selepas meledak gol kemenangan pada masa tambahan ketika membantu Sepanyol menewaskan Argentina 1-0, sekali gus menambah koleksi kejuaraan peribadinya yang turut merangkumi Piala Eropah, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.

Bagaimanapun, penganalisis bola sepak, Gianluca Di Marzio percaya Liverpool tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu meskipun Barcelona dikatakan sedia mempertimbangkan tawaran sekitar €50 juta (RM233 juta).

“Saya tidak fikir Liverpool akan mengemukakan tawaran untuk Ferran Torres. Pada saya, hanya PSG mempunyai peluang kerana jika dia memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama Barcelona, ia disebabkan Luis Enrique mahukannya di Paris.

“PSG juga dilihat oleh Torres dan wakilnya sebagai destinasi terbaik untuk meneruskan karier. Saya percaya hanya PSG berada dalam persaingan ketika ini,” katanya.

Kontrak Torres bersama Barcelona bakal berakhir pada musim panas tahun depan, sekali gus membuka ruang kepada spekulasi mengenai masa depannya, namun PSG dilihat berada di hadapan susulan hubungan rapat pemain itu dengan pengendalinya, Enrique.

Sementara itu, usaha Liverpool mendapatkan pemain sayap PSG, Bradley Barcola turut dijangka berdepan laluan sukar apabila kelab Perancis itu dipercayai hanya akan mempertimbangkan tawaran melebihi £120 juta (RM655 juta) untuk melepaskan pemain berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN