fbpx
AZRY AKMAR menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada suspek dalam beberapa siri serbuan di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

Geng Lakino Garuda curi kabel tumpas, 9 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Polis berjaya menumpaskan Geng Lakino Garuda, sekali gus menyelesaikan lima kes kecurian kabel solar dan komponen telekomunikasi bernilai RM912,000 yang berlaku di negeri ini dari Mei hingga Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dalam beberapa siru serbuan di Pahang dan Selangor polis berjaya bermula 27 hingga 17 Julai lalu polis berjaya menahan sembilan suspek.

“Suspek terdiri daripada empat lelaki tempatan, empat lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga China yang berumur antara 26 hingga 52 tahun.

“Dalam serbuan itu pihak polis berjaya merampas barang kes bernilai kira-kira RM500,000 termasuk lori, trak pikap, cip elektronik, kabel, komponen elektronik, parang dan pelbagai lagi yang berkaitan,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang berusia 26 hingga 52 tahun ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencurdai n Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi.

Katanya, siasatan awal mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Ujian air kencing ke atas semua tangkapan telah dibuat dan tujuh orang didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN