fbpx
Ahmad Zahid pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kemas di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kampung Pantai di Seremban, hari ini. - NOR SHAFAWATI YUP

PRN N. Sembilan: ‘Game changer’, manifesto BN sedia 50,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang dijangka diumumkan minggu depan bersifat realistik dan menjadi ‘game charger’ kepada pentadbiran yang lebih baik di Negeri Sembilan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto tersebut adalah lebih daripada parti lain dengan intipati utama manifesto tersebut adalah menyediakan 50,000 peluang pekerjaan kepada orang muda di negeri ini.

“Ini boleh dilakukan sebab kawasan industri baharu di Negeri Sembilan telah banyak masuk melalui pelaburan langsung asing.

“Saya sendiri telah mengusahakan umpamanya untuk industri halal iaitu kira-kira 809 hektar yang telah dibayar deposit untuk dibangunkan.

“Saya berhasrat menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah hab pengeluaran produk-produk halal,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kampung Pantai di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jika BN memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Negeri pada 1 Ogos depan, maka banyak perubahan atau ‘game charger’ akan diperkenalkan untuk Negeri Sembilan, berpotensi sebagai kawasan industri baharu.

“Kita mahu juga lihat dari segi infrastruktur di kawasan luar bandar, masih banyak kawasan-kawasan jalan dan hubungan desa serta lain-lain kemudahan yang boleh kita berikan kesinambungan serta tambahan dengan segera. Insya-Allah, ini bukan hanya janji pilihan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN