fbpx
Tangkap layar laporan Kosmo! Online berhubung isu dihadapi Khairul Aming.

Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming.

Beliau berkata, perkara itu dipandang serius susulan aduan yang dikongsikan Khairul Aming menerusi platform Threads yang memberi gambaran terdapat individu tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelanggan serta inventori atau sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming.

“Saya juga akan meminta MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Khairul Aming menuntut penjelasan daripada syarikat telekomunikasi berkenaan selepas butiran bil telefon peribadinya didakwa diketahui serta didedahkan oleh seorang individu di media sosial.

Sebelum itu, seorang pengguna Threads mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil telefon sebanyak RM498 selain mendakwa talian telefon usahawan berkenaan disekat kerana bayaran tidak mencukupi.

Individu tersebut turut mendakwa baki bayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibuat Khairul Aming bagi beberapa bulan tidak mencukupi susulan terdapat pembelian tambahan digital melebihi RM400.

Bagaimanapun, Khairul Aming menegaskan jumlah bil itu adalah urusan peribadinya dan mempersoalkan bagaimana individu terbabit boleh memperoleh serta mendedahkan maklumat tersebut kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN