fbpx
Tangkap layar ibu bapa serta tunangnya, Bella Astillah menyambut ketibaan Syed Saddiq di garisan penamat Larian Kesyukuran Putrajaya-Muar di hari ketiga, menerusi siaran langsung.

Bella, mama, abuya sambut Syed Saddiq di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana di hari ketiga Misi Larian Kesyukuran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meriah apabila beliau disambut ibu bapa, tunangnya, Bella Astillah, serta warga Melaka.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok rasminya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilihat meneruskan larian dalam hujan renyai-renyai sambil diiringi orang ramai menuju ke sebuah restoran makanan segera di Merlimau, Melaka.

Beliau turut ditemani peminat termasuk kanak-kanak sepanjang larian, manakala orang ramai tidak putus-putus menunggu di bahu jalan dan di lokasi penamat bagi memberikan sokongan.

Sebaik tiba di garisan penamat hari ini, Syed Saddiq disambut oleh ibu bapa serta tunangnya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Siaran langsung itu turut mendapat sambutan apabila lebih 50,000 penonton mengikuti perkembangannya, selain meraih lebih 26 juta tanda suka di TikTok.

Terdahulu, Misi Larian Kesyukuran sejauh lebih 170 kilometer (km) dari Putrajaya ke Muar, Johor bermula pada Khamis lalu, 16 Julai.

Sebelum ini juga, Syed Saddiq mengalami kekejangan otot sehingga terpaksa berjalan bagi menamatkan tiga kilometer terakhir.

Dalam perkembangan sama, kempen kutipan dana sempena Misi Larian Kesyukuran berjaya melepasi sasaran asal RM200,000 pada hari kedua cabaran tersebut.

Misi larian itu dijangka berakhir di garisan penamat di Muar, Johor, pada hari esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN