fbpx
Tangkap layar perkongsian tular bunyi siren banjir diaktifkan di Shah Alam, hari ini.

[VIDEO] Siren bahaya banjir buat warga Shah Alam cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bunyi siren bahaya banjir diaktifkan di sekitar Shah Alam petang tadi buat penduduk tidak senang duduk susulan hujan lebat berterusan sejak lewat petang, hari ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh pengguna @azleee77, siren amaran banjir dilaporkan bertukar kepada siren bahaya sekitar pukul 6.40 petang.

“Siren bahaya sudah dikeluarkan. Siren pertama 5.45 petang tadi siren amaran. Pengumuman dah bertukar dari amaran kepada bahaya,” katanya dalam hantaran itu.

Menurutnya lagi, rakaman bunyi siren tersebut dirakam dari sekitar Kondominium Puri Aiyu.

“Sejak banjir teruk Disember 2021, kalau hujan tak berhenti, saya memang perhati keadaan sungai dari balkoni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kebimbangan selain mengimbau tragedi banjir besar yang pernah melanda kawasan itu.

“Bulu meremang dengar siren ni,” komen Shazique.

“Macam dengar siren tsunami dah. Hati-hati warga Shah Alam. Lebih baik duduk rumah dan jangan keluar dulu sampai keadaan betul-betul selamat,” tulis seorang lagi pengguna.

“Aku masih trauma dengan banjir besar dulu masa tinggal sini,” kata Atika.

Setakat perkongsian di media sosial, hujan masih turun renyai-renyai di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN