fbpx
MANGSA ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai terbabas di Jalan Air Tanai, Air Paabas, Melaka, awal pagi tadi. Foto IHSAN PDRM

Ditemui tidak bernyawa di tepi jalan selepas dua jam terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang penunggang motosikal ditemukan tidak bernyawa di tepi jalan oleh orang awam hanya setelah kira-kira dua jam selepas dipercayai terbabas sendiri di Jalan Air Tanai, Air Paabas, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Abd. Rahim Yusuf, 38, dipercayai terlibat dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi, namun kejadian hanya disedari orang awam pada pukul 7 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Difahamkan, nahas berlaku ketika mangsa yang beralamat di Kampung Air Tanah keluar dari rumahnya untuk bertemu rakan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari Kampung Air Tanai menghala ke Jalan Air Paabas.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang masih bujang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-538 2353 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN