fbpx
Penduduk menyusun kayu supaya jalan yang berlumpur itu dapat dilalui di daerah Krayan Selatan di Nunukan. - ANTARA 

1,507 penduduk terputus hubungan akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNBP) mempertingkatkan bantuan kecemasan di beberapa kawasan yang terputus hubungan akibat bencana tanah runtuh di Nunukan, wilayah Kalimantan Utara, lapor agensi berita ANTARA. 

“Kami akan terus memantau perkembangan di lapangan dan saya telah mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian,” kata Ketua BNPB, Suharyanto dalam satu kenyataan di Jakarta semalam. 

Menurutnya, tanah runtuh yang tercetus akibat hujan lebat dan struktur tanah tidak stabil itu berlaku pada Selasa lalu, mengakibatkan jalan utama menghubungkan daerah Krayan Barat dan Krayan Selatan tidak boleh dilalui. 

Seramai 460 keluarga atau kira-kira 1,507 penduduk mendiami 13 kampung di daerah Krayan Selatan kini terputus hubungan. 

Berdasarkan penilaian di lapangan, 13 kampung  terjejas itu termasuk Long Pa’sia, Liang Lunuk, Long Budung, Pa’ Dalan, Pa’ Urang, Pa’tera, Pa’ Sing, Long Pupung, Pa’ Upan, Long Birar, Pa’ Kaber, Pa’ Amai, dan Desa Pa’ Ibang, lapor Direktorat Kawalan Operasi BNPB. 

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari berkata, tanah runtuh itu turut merosakkan jambatan utama dan menghalang pengagihan logistik dan bekalan bahan api dari Desa Long Bawan ke Desa Long Kayu.

“Gangguan menyebabkan penduduk terputus bekalan elektrik, yang lazimnya berlangsung sehingga 12 jam.

“Namun, tempoh itu kini menurun drastik kepada empat jam sahaja iaitu dari pukul 6 petang (waktu tempatan) hingga 10 malam,” kata Abdul Muhari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN