fbpx
Antara individu yang diambil tindakan dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. - FOTO DBKL

Pengemis Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 25 individu diambil tindakan dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguat kuasa di sekitar pusat bandar di sini, semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi yang bermula pukul 8 malam itu dijalankan di sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor dan Leboh Pudu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Keselamatan Negara.

“Hasil operasi, seramai 25 individu telah diambil tindakan terdiri daripada 13 warganegara dan 12 bukan warganegara. Daripada jumlah tersebut, lima individu telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut, melibatkan dua individu kepada JIM dan tiga individu kepada JKM,” katanya, hari ini.

Menurut DBKL, pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dalam usaha membanteras aktiviti mengemis serta memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN