fbpx
SUMMERVILLE dilihat pemain yang sesuai untuk United memperkuat bahagian sayap kiri mereka musim depan. - AFP

EPL: United kenal pasti pengganti Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United kini sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain sayap West Ham United, Crysencio Summerville dengan nilai sekitar £30 juta (RM164.61 juta) pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selepas permulaan yang agak perlahan dalam jendela perpindahan musim panas, pengurusan Manchester United mula bertindak pantas minggu ini dengan melengkapkan tiga perpindahan pemain.

Kelab itu berjaya mendapatkan tandatangan pemain Chelsea, Andrey Santos serta pemain Aston Villa, Youri Tielemans, selain Karl Darlow turut menyertai Old Trafford sebagai penjaga gol kedua pasukan.

United masih enggan meninggalkan pasaran perpindahan apabila mencari seorang lagi pemain tengah untuk bergandingan dengan Santos dan Tielemans selepas Manuel Ugarte mengalami kecederaan lutut yang serius ketika mewakili Uruguay di Piala Dunia 2026.

Selain itu, United juga mahu menambah seorang pemain penyerang di bahagian sayap kiri sekiranya Marcus Rashford meninggalkan kelab dengan Summerville menjadi sasaran utama untuk posisi tersebut.

Menurut laporan, United bersedia mengemukakan tawaran sekitar £30 juta untuk Summerville sekiranya Rashford meninggalkan kelab ketika West Ham bersedia melepaskan pemain itu selepas kelab tersebut tersingkir ke Liga Kejuaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN