fbpx
YAMAL menjadi sandaran penting Sepanyol untuk aksi final menentang Argentina awal pagi Isnin ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol lega tonggak bebas kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARLINGTON – Pengendali Sepanyol, Luis De La Fuente memberi bayangan positif apabila mengesahkan bintang muda sensasinya, Lamine Yamal tidak mengalami kecederaan serius selepas membantu La Roja menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026.

Yamal sebelum itu mencetuskan kebimbangan apabila beberapa kali dilihat tidak selesa sepanjang perlawanan sehingga menimbulkan persoalan sama ada tonggak Barcelona itu mampu diturunkan pada aksi final nanti ketika berdepan Argentina.

Bagaimanapun, De La Fuente berkata, laporan awal daripada pasukan perubatan menunjukkan pemain berusia 19 tahun itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang membimbangkan.

“Setakat yang saya tahu, Lamine tidak mengalami apa-apa kecederaan serius. Saya baru bercakap dengan pasukan perubatan dan semuanya kelihatan positif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, hanya pemain pertahanan, Pedro Porro masih menimbulkan sedikit kerisauan selepas pemain Tottenham Hotspur itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-85 akibat kekejangan otot.

Menurut De la Fuente, Porro dipercayai hanya mengalami keletihan, namun tahap kecergasannya akan dinilai semula sebelum keputusan dibuat sama ada dia bersedia mengharungi aksi final.

Beliau turut memuji taktikal pemain-pemain Sepanyol yang disifatkan antara terbaik di dunia, namun menegaskan tugas sebenar masih belum selesai kerana sasaran utama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN