fbpx
Adly menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan memindahkan tempat duduk empat ADUN DAP ke blok pembangkang pada hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kelima DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Sidang DUN Melaka : Pindah kerusi 4 ADUN DAP ke blok pembangkang tak perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegur tindakan menyusun semula tempat duduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP melepaskan jawatan dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata, pemindahan kerusi ke blok pembangkang itu sepatutnya ditangguhkan bagi menghormati pandangan semua pihak, lebih-lebih lagi ketika persidangan hanya berbaki satu hari, selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anggota DUN.

“Di pihak kerajaan negeri pun sepatutnya pindahan kerusi itu tidak dibuat kerana sepatutnya hormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya fikir itu menimbulkan kekeliruan yang besar.

“Sepatutnya boleh ditangguh kerana sidang DUN kita tinggal satu hari saja lagi, saya lihat susunan kursi itu dia tak betul begitu dan harus bagi teguran pada kerajaan (negeri),” katanya pada sidang akhbar Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut tindakan empat ADUN DAP yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri serta melepaskan jawatan dalam pentadbiran, Adly berkata, pendiriannya adalah selari dengan keputusan yang dibuat parti itu.

Jelasnya, situasi beliau bagaimanapun berbeza kerana tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan negeri untuk dilepaskan.

“Saya nak letak jawatan apa? Saya tak ada jawatan dalam kerajaan negeri. Sebab yang lain itu ada jawatan. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita bincangkan sebab yang lain itu ada jawatan.

“Kita akan berbincang secara khusus, pertama adalah urusan kita dengan rakyat. Macam diungkapkan oleh Perdana Menteri, keutamaan kita adalah kepada rakyat dan kedua kita akan lihat mekanisme itu supaya tak mengganggu semua urusan-urusan yang terkait,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN