fbpx
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Sawah Liat, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

Penunggang motosikal maut bertembung pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal dia tunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Sawah Liat, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.56 pagi melibatkan sebuah Nissan Navara serta motosikal jenis Honda ADV150.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Nissan Navara yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Bahau.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang datang dari arah bertentangan dipercayai telah memasuki laluan kenderaan tersebut.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu Nissan Navara berkenaan tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian hadapan motosikal,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN