fbpx

Suspek samun kondo akhirnya ditahan selepas dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan di sebuah kondominium di Jalan Chan Sow Lin, di sini dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, suspek yang berusia lewat 20-an itu ditahan hasil risikan dan maklumat Unit Siasatan Khas (D9) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Cheras.

Katanya, lelaki itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, Jumaat lalu di tepi Jalan Sungai Jelok, Kajang.

“Selain tangkapan, pihak polis turut merampas sehelai seluar jeans dan sepasang kasut yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari sehingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN