fbpx
ARIF (kiri) dan Roy King kempunan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Jepun selepas tewas kepada Zhi Yi-Smith. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Jepun: Beregu AS singkir Arif-Roy King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun berakhir apabila tersingkir di pusingan pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi, gandingan No.19 dunia itu tewas 24-26, 21-15, 18-21 kepada Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat (AS).

Walaupun berdepan lawan yang menghuni ranking ke-28 dunia, namun Arif-Roy King bermula langkah kiri apabila tewas 24-26 di set pertama sebelum bangkit menang 21-15 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bersambung set ketiga, perlawanan berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan saling bertukar servis dan terikat 15-15, namun tuah memihak Zhi Yi-Smith apabila menang 21-18.

Sementara itu, perseorangan wanita, Wong Ling Ching turut gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 14-21, 11-21 kepada bekas juara dunia dari India, P.V. Sindhu.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Clarissa San berdepan nasib sama apabila tewas straight-set 15-21, 19-21 kepada pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dalam tempoh 36 minit.

Bagaimanapun, perseorangan lelaki, Leong Jun Hao kembali menemui rentak kemenangan selepas menewaskan pemain Taiwan, Chi Yu Jen 19-21, 16-21 dan melangkah ke pusingan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN