fbpx
Daiyan memilih untuk menjauhkan diri daripada tiga jenis individu yang membawa elemen negatif terhadap kehidupannya bagi menjaga kesihatan mental.

‘Makin matang, saya tahu dengan siapa perlu jauhkan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui memilih untuk menjauhkan diri daripada individu yang membawa elemen negatif terhadap kehidupannya bagi menjaga kesihatan mental.

Menurut Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 33, perkara tersebut adalah penting kerana enggan berada dalam persekitaran toksik atau penuh kepalsuan.

“Apabila semakin makin matang, saya tahu dengan siapa sebenarnya perlu jauhkan diri. Saya lakukan ini demi menjaga ketenangan diri.

“Saya perlu cari kawan yang boleh diharapkan, percaya dan saling menyokong secara dalaman serta luaran.

“Semua itu sangat penting sebab adakalanya tak tahu niat orang dan tidak sesuka hati masukkan seseorang dalam kelompok kawan saya. Sebab itu saya jauhkan diri dan sekat terus tiga jenis individu yang dinyatakan dalam platform Threads baru-baru ini.,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi temu bual eksklusif drama Anom Suraya, bersama ibunya yang juga novelis Dr. Samsiah Mohd Nor di Balai Berita, di sini, hari ini.

Berkongsi lanjut, dia nekad menyekat tiga individu yang mempunyai nilai tersebut tersebut kerana merasakan segala yang dilakukan ditiru dan tidak mendapat sokongan sepatutnya.

“Mereka suka meniru dan asyik tengok hantaran media sosial tetapi tidak pernah pun menyokong, malah lebih teruk mereka bercakap buruk mengenai saya di belakang.

“Saya di dalam fasa nak jaga hati sendiri dan elak semua perkara negatif, jadi selamat tinggal kepada mereka serta jauh daripada saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia memberitahu pengalaman menjalin persahabatan dengan ramai individu sepanjang bergelar anak seni mengajarnya menjadi lebih berhati-hati dan matang.

“Kadang-kadang ada orang yang kita tengok depan macam okey tetapi belakang tak seperti yang digambarkan. Kita nak sokong dan baik dengan semua orang tapi mereka tak sebegitu.

“Saya hanya rasa meluat terutama apabila ada orang-orang begini di sekelililing yang bawa aura negatif kemudian nampak pula mereka di merata tempat, memang rasa terganggu.

“Saya pula daripada dulu sampai sekarang dalam dunia sendiri saja. Tak kacau orang, duduk di rumah, main dengan kucing, tulis lagu dan berlakon.

“Sekarang, saya tak nak bagi ruang orang begitu masuk dalam hidup dan sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya jaga serta dijauhkan daripada perkara negatif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Daiyan kini menjayakan watak utama dalam drama Anom Suraya diadaptasi daripada novel karya ibunya.

Drama tersebut turut dibintangi Yusuf Bahrin, Idris Khan dan Iman Suhana.

Terdahulu, Daiyan dalam satu hantaran Threads mendedahkan menyekat beberapa akaun media sosial milik individu dikenalinya demi menjaga ketenangan diri.

Katanya, tindakan tersebut terpaksa diambil bagi melindungi dirinya daripada terus dikelilingi aura dan perasaan negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN