fbpx
PARA peserta berlari di hadapan kawanan lembu jantan semasa festival San Fermin di Pamplona, pada 10 Julai 2026. - AFP

11 cedera dipijak lembu jantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Seramai 11 peserta mengalami kecederaan setelah ditanduk dan dipijak lembu jantan dalam festival San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol lapor agensi berita The Sun UK.

Ribuan pengunjung menghadiri festival  itu setiap tahun bagi menyaksikan acara ‘encierros’ atau larian lembu yang terkenal.

Seorang pelancong warga Britain dikejarkan ke hospital selepas rebah dan dipijak oleh sekawanan lembu dalam festival berkenaan.

Mangsa, William Mitchinson, 24, mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika cuba lari keluar daripada laluan haiwan berkenaan yang merentasi larian sepanjang 800 meter di utara Sepanyol itu.

Mitchinson, yang terselamat daripada kecederaan parah, sempat ditemubual pemberita ketika berjalan keluar dari Hospital Universiti Navarra berkata:

“Saya melihat festival ini di media sosial dan ia kelihatan sangat menyeronokkan. Ini adalah kunjungan pertama saya ke Pamplona. Saya berlari sehinggalah lembu-lembu itu memijak saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang peserta warga Sepanyol berusia 30 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas ditanduk pada bahagian muka. 

Pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa kemungkinan akan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN